Powered By Blogger

Friday, April 12, 2013

Glamour dan Populer




Renungan di bawah ini adalah sebagai panduan dan iktibar sahaja dan yang benar itu datang nya dari Zat Wajibal ujud, Qholiqul Alam (Allah SWT) dan yang tidak benar atau tidak relevant itu adalah dari penulis sendiri, boleh lah di jadikan sebagai pelajaran Ilmiah serta garis panduan dan Iktibar, bilamana jika ia nya Relevant pada pendapat anda, guna pakai lah kerana ianya adalah dari pengalaman penulis sendiri sewaktu berguru, Mengkaji, Mengaji, Belajar dan Mempelajari se hingga lah ke saat ini.

Sila lah rujuk dulu kepada Guru-guru yang Mursyik bagi mendapat kepastian.
Gelomour serta populer....
 

Populer serta dunia Glamour adalah salah satu teknik Iblis menjalan kan rancangan keksesatan mereka yang sebenar nya mengikut Trend sekarang ini. Pendekatan ke arah Populeriti serta Dunia Glamour adalah cara terkini para Iblis gunakan sekarang bagi kegiatan penghasutan mereka bermurafakah pada Allah SWT. mereka berjaya.

Satu cara ternyata sekarang adalah perlakuan cerai berai Para Artis. Bagi mereka ini adalah trend untuk glamour dan populer, mereka bangga dengan perceraian ini, mengapa tidak, menghebohkan keaiban masing masing (Pasang yang bercerai itu), kerana akan keluar di Media Massa secara exklusif mengenai nya dan sudah tentu Glamour lah. Jadi Janda lagi populer, minta simpati, nanti yang muda muda lak simpati, ni lah tujuan nya. Mereka adalah icon dan mempunyai banyak peminat dan mereka lah yang membawa para peminat mereka ke arah yang paling di benci oleh Allah SWT ya itu meruntuh kan Masjid. Kerana undang undang yang ada hanya melindungi para wanita serta kanak kanak sahaja tapi perlindungan pada pihak lelaki tidak ada. Sexual Arrestment, siapa yang membawa ke arah itu agaknya ?, sudah tentu nya Wanita. Berpakaian sexy, terdedah sana sini, menampak kan raut tubuh bila berpakaian dan sebagai nya. Ikut fesyen terkini lah, konon nya.
 
Para artis guna kan perceraian untuk menaik kan Glamour serta populeriti mereka. Kontrovesi perceraian di Highlight ke Media massa, media eletronik serta Youtube. Mengapa kah agak nya. Kerana cetek terhadap Agama.....sepatut nya malu lah, yang perempuan tak pandai dan tak layak jadi isteri dan yang lelaki sama juga tak layak jadi suami, sebab Glamour lah.....dan lebih menyedihkan mereka menyalah kan Takdir Allah SWT, jika mereka tahu atau berpendidikan Agama yang tinggi, mereka tak akan masuk ke dunia Glamour atau menjadi populer, kerana bukan Glamour penjamin di Akrirat kelak.... Iblis menggunakan Wang Ringgit sebagai umpan dan adalah punca ke arah itu. Kerana ada Wang semua boleh jadi. Penceraian boleh belaku sebab Wang. Peguam nak Wang, pasal tu mereka mewakili Wanita wanita si Artis ini, pasal selama ini belum ada yang mewakili wanita (Artis) ini dengan khidmat percuma. Para peguam ini sanggup bersenkokong pada yang Bathil, kerana wang yang lumayan. Para ulama tahu semua ini tetapi pasal undang undang perlindungan hak Wanita oleh perlimen dilulus kan, pasal nak kan undi dari kaum wanita, maka undang undang termaktub.
 
Semua orang tahu bahawa wanita dicipta sebagai pembantu Suami, taat pada suami, kena ikut cakap Suami dan tak boleh lawan suami kerana telah di tetapkan oleh Allah SWT bahawa  isteri yang melawan suami tak bau Syurga. Itu nanti, belakang kira, Tidak termasuk juga para Artis, tidak terkecuali, kerana mereka juga insan biasa sama seperti insan selain nya. Kerana Kunci Syurga ada pada Suami jika ada yang tahu lah atau dah tahu buat buat tak tahu. Ini tetapan oleh Allah SWT bukan undang undang yang di tetap oleh Parlimen.

Mudah aje kan, jangan lawan kata suami, layan dengan baik pada suami dan cantik, berdandan untuk suami, rasa nya suami tak cari lain atau ada buat hubungan lain. Cuba kita kaji sabentar, semasa anak dara wah bukan main ranggi lagi, hias diri, cantik kan diri, senyum memikat dan sebagai nya lagi bagi menarik perhatian si lelaki. Tetapi lepas anak satu mula berserabut, rambut pun berserabai, muka tak hias, pakai pun ala kadar aje bila di rumah di hadapan suami...tapi bila nak ke pasar, nak keluar shopping.... wow...berdandan sakan, agak nya tuk siapa tu....iblis ketawa sekarang ini...peluang mereka lah nak retak kan rumah tangga, runtuh kan masjid.....mereka berjaya lagi....Subhanal laah....
 
Kemegahan diri serta Glamour kan diri juga merupakan salah satu dari perdekatan iblis ke arah kesesatan juga. Jadi berhati hati lah....di tawarkan hadiah dan hadiah wang yang sangat lumayan, konon nya kita ada talent, berkebolehan yang di anugerah kan oleh Allah SWT kepada kita konon nya, bisik si iblis ni.....jadi kita terpedaya dan masuk ke perangkap mereka. Mereka berjaya lagi nih..... 

Mereka menghasut lagi dengan mengadakan pertandingan Maharaja Lawak dan Maharaja Lawak Mega pulak cukup lumayan hadiah nya 1/2 juta kau dan sekarang mencari Bintang lak, konon nya mencari bakat pelawak, apa kah tujuan nya, satu lagi taktik untuk meramaikan atau melahirkan kaum iblis ini...tanya Ustaz jika kurang percaya, benar ke satu ketawa melahirkan beberapa ekor iblis....?,  yang hairan nya tak ke pelawak ni tahu mereka yang sebenar nya membantu melahirkan para iblis ni....renungkan lah....mereka berjaya...
 
Yang paling sedih adalah hukum menghukum yang di lakukan oleh seorang yang di anggap Guru guru Islam yang tersohor. Sebab tidak kenal siapa Allah SWT sebenarnya, hanya setakat percaya sahaja keujudan nya lah penghukuman ini berlaku sekarang. Boleh kafir mengafirkan pulak. Boleh menghukum sesaorang itu bukan  islam dan boleh menjamin orang tertentu mati syahid sedangkan mereka sendiri belum tentu Allah SWT letak di mana pulak. Mengeluarkan sesuatu Fatwa sesuka hati sahaja, siapa mereka ini Rasul ke, Nabi ke atau Allah itu sendiri ke.... Pengurusi guru guru pondok pula mula mengeluar kan arahan "Haram" pulak, siapa dia ini di sisi Allah SWT, Baru pengajar Ilmiah sahaja, baharu setakat tahu sahaja, dia bukan mewakili Allah SWT pun.  Bukan Rasul lantikan atau pemegang wasitah Allah SWT.......

Macam Agama Kristien pulak nampak nya, Padri boleh menghukum dan memaafkan.... Sangat sedih kerana seolah olah Allah SWT seperti Patung atau tak ujud lansung sahaja di perlakukan, sepatut nya yang punyai haq mutlak hukum menghukum ini adalah Allah SWT itu sendiri, bukan Manusia / insan yang menjatuh kan hukuman, insan atau manusia ini di hukum oleh Allah SWT. Tak takut ke azab Allah SWT nanti.... ini serba sedikit menunjuk kan bahawa kesombangan, bongkak, takbur dan riak serta jarum iblis  telah menguasai Tok Guru tok guru, Para Ulama ulama ini kerana nak Glamour dan nak Kedudukan, bermegah konon nya dia pakai sarban special berjubah special yang dia percaya konon dia mewakili Allah SWT di Dunia ini, dah Maksom agak nya, lebih dasyat dari Firaun dan Dajal. Nau zu bil laah hi min zaliq. Telah dikatakan terdahulu, jika kita kenal siapa dia Allah SWT itu sebenar benar nya, Insa Allah tak akan berlaku nya tuduh menuduh dan hukum menghukum ini....Sayang sekali, seorang Guru Agama yang mengaku menegak kan Islam boleh berbuat demikian kerana pada diri nya menganggap dia lah islam sejati sedangan dia telah di peralatkan oleh iblis dan sekutu nya secara halus bagi jalan kehancuran, Dia takbur kerana tahu konon nya mengenai islan sedang kan dia hanya tahu mengenai Ilmiah sahaja atau kulit nya sahaja belum Hakiki nya lagi....
Para Iblis jika mempersenda kan Kalimah Allah, atau Ayat Suci serta mempersenda Allah SWT sekali pun tak mengapa, kerana mereka tu AHLI NERAKA atau HELL MEMBERSHIP, jadi jangan kita ikuti mereka, sesuka hati bercakap tanpa berfikir secara bijaksana. Awasi lah permainan iblis dan sekutu nya, ini lebih ganas dari Dajal dan lebih teruk dari Firaun. 

Seorang Guru atau Ulama yang berpihak kepada Allah SWT, tidak akan bercakap atau mengeluarkan sesuatu Fatwa atau kata kata yang menghina kepada sesama insan, mengharam kan itu dan ini,  kafir mengkafir sesiapa pun, kan semua orang islam adalah bersaudara, bermakna, jika dia menuduh sesaorang yang ber Agama Islam itu bukan Islam, erti nya dia menuduh diri nya sendiri bukan islam, ini di akui nya sendiri bahawa semua Muslimin dan orang islam adalah bersaudara. Tidak tahu lah islam dia islam yang mana pulak. Islam ini ada tahapan atau tingkatan ke dan islam selain nya apa. Ini lah dia yang serba sedikit telah memesongkan Akidah dan merosak kan syiar yang di bawa oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW.

 Rasul lul laah SAW sendiri pun takut dan tidak pernah sekali pun menghukum tanpa sebab yang bernas. Beliau lebih gemar dan suka mengampunkan sesiapa sahaja, walau pun musuh nya sendiri, tawanan perang, sedangkan beliau di anugerah serta di angkat terang terang oleh Allah SWT sebagai Penghulu seluruh Umat islam di Dunia ini sahingga sekarang ini, Baginda pun tak berkelakuan sedemikian, sedang kan baginda telah berjumpa dengan Allah SWT, baginda kenal siapa Allah SWT itu, ini baru ketua Ulama atau Tok Guru atau Ulama serta Pendakwah sahaja, yang berpendidik setakat ilmiah sahaja, di lantik oleh sesaorang di Dunia ini sahaja. Tidak lansung lantikan oleh Allah SWT pun, bukan pemegang Wasitah Allah SWT pun,   (Pemegang Wasitah Allah SWT adalah Para Nabi, Para Rasul, Para Wali Allah SWT, Para Wali Qutub, Para Suhadah dan Solihin, Para Malaikat Mukaorabin).
Yang hairan nya mana pergi nya ketua ketua Agama di Malaysia ini, kan Sultan dan Agung itu  serta ketua ketua Negeri itu ketua Agama Islam di Malaysia ini....diam sahaja seolah olah tidak kisah dan tak perdulikan apa pun yang sedang berlaku, membiarkan sahaja mereka mereka ini bercakap sesuka hati. Membuat Fatwa fatwa tertentu selain fatwa yang di amanahkan oleh Allah SWT melalui Rasul nya. Tanggung Jawap ini sangat besar di pikul di bahu mereka ini sebagai ketua Agama Islam Negara, bayang kan dosa yang teramat besar di pikul ke Akhirat nanti.... ini bukan isu politik, ini isu keagamaan, ketuhanan.....Tanggung Jawab Ketua Negara....
 
Isu 'Kalimah Allah' di perbesar kan tapi membelakang kan Kuasa mutlak Allah SWT di biarkan.... Sebab semua percaya sahaja ujud nya Allah SWT, percaya sahaja ada nya Allah SWT, tetapi tak mengenal siapa dia Allah SWT itu. Jika kenal siapa dia Allah SWT itu, perkara ini tak akan berlaku. Sedar lah, Sebab itu lah, Sebenar nya Tuhan itu SATU tetapi Ketuhanan itu menjadi banyak sekarang. il lal laah...Cari lah Guru Mursyik untuk pengesahan Keterangan ini.
 
Yang memecah belahkan kan islam adalah umat islam itu sendiri, ibarat api dalam sekam, sebab utama nya, BISIKAN iblis itu tadi memain kan jarum nya....ingat, lagi besar serban dan lagi special serban itu yang di pakai lagi banyak dugaan nya di terima. Cuba kita tanya Tuan Guru serta orang yang membuat fatwa itu, boleh kah mereka ini membantu membebaskan orang dari seksa kubur?. Jika boleh Alhamdul lil laah hi rob bil alamin, dia adalah pemegang wasitah dan telah mendapat Safa'atan Alal laah  Allah SWT, jika belum tahu, maka bertaubat lah sebelum keranda di usung. Renungkan lah.....
Mereka (Iblis dan sekutu nya) aje asik berjaya, bila pulak kita nak berjaya melawan mereka....Maka cari lah jalan mengenal Allah SWT, jangan cuba mencari dimana Allah SWT itu berada, sampai kiamat pun tak akan jumpa, kita cari jalan mengenal Dia. pasti  100% kita menang.....Yakin Lah....
 


No comments: