•Manusia yang MELIHAT PERKARA TERJADI..
•dan Manusia yang berkata apa TERJADI?"
Jangan serahkan sesuatu yang penting seperti sifat peribadi anda kepada nasib.
Saya
suka beritahu supaya kita semua sebagai mengaku
penganut Agama Islam sentiasa berzikirul laah
dan berkalimah Syahadah agar sentiasa berada
dalam keislaman, keberkatan dan rahmat nya, Insa Allah.
Kalimah Syahadah
adalah passport atau Identity
mengatakan kita adalah golongan penganut Agama Islam.
Kalimah Syahadah juga ada lah tanda nya kita
penganut
Islam. Sesiapa pun yang memeluk ke Agama Islam wajib
berkalimah Syahadah, jika kita sentiasa
berkalimah Syahadah bermakna kita adalah
sentiasa dalam Islam, tetapi berapa kali kah
kita berkalimah syahadah dalam sehari.....saya
rasa cuma lima kali sahaja di waktu beribadah
Solat, mandi junub tak akan dan sewaktu berakad
nikah sahaja kita di suruh berkalimah syahadah.
Itu pun di suruh.
Satu peristiwa yang
saya sendiri dengar dan berada di situ adalah
sewaktu mewalikan pernikahan anak saya di Mesjid
Sultan Mizan di Putrajaya dimana juru nikah
menyuruh dua saksi berkalimah syahadah sebelum
menjadi saksi kepada upacara akad nikah tersebut.
Kata nya kita mungkin tidak berada dalam Islam
sebelum ini. Jadi persoalan nya, kita tidak
berada di dalam Islam selagi kita tak berkalimah
syahadah, macamana nak kita kekalkan kalimah
ini....Orang Tarikat tahu cara nya, jika anda
orang tarikat anda pasti tahu cara nya cuma di
tukar Zikirul laah kepada kalimah Syahadah. jika
anda bukan orang tarikat maka anda boleh juga
belajar dengan cara moden dengan menggunakan
kaedah
Hipnosadiri.
Nampak mudah, tapi sebenar nya berat....Renungkan
lah, Saya cuma boleh beri tip sahaja dimana anda
sendiri Renungkan sedalam dalam nya dan cari lah
Mursyik yang boleh menerangkan nya secara lebih
mendalam. Cuba anda renungkan mengapa Kalimah
tersebut ada dua kalimah dan di manakah dalam
kalimah ini mengatakan bahawa anda di suruh
menyembah dan di kalimah kedua ada terbukti
pengakuan anda sebagai.....Renungkan lah.
Kedua,
bahawa dengan shaih nya Allah swt berfirman yang
bermaksud : "Jika engkau
mengingati aku, nescaya aku mengingati mu ".
dan " Ingatilah aku setiap
detik, saat dan Waktu". Ini erti
sebenar nya Solah, Maka jangan hairan
lah jika doa kita tak terkabul....maaf, saya cuma
beri renungan sahaja....apakah ertikata sebenar
nya firman tersebut...adakah anda sentiasa
mengingati Yang Maha Pencipta? Adakah anda sentiasa berada dan selalu bersama nya?
Ingat perumpaman orang tua tua :
Bila Allah tidak makbulkan Doa mu, Maka dia merancangkan sesuatu yang lebih baik untuk Mu.
Oleh itu, sentiasa lah bersangka baik pada Allah didalam apa juga keadaan...kerana kasih sayang Allah mendahului kemurkaan Nya...
Renungkan
lah dan amati lah kata kata di atas, agar kita
menempuh dengan benar ke jalan perjuangan
menegak kan amat Allah swt. Amin!
Jaga mulut
dan hati adalah gerbang ke arah kebenaran dan
kemenangan kita
dalam syariat Islam dan sentiasa mengingati nya
dalam apa juga urusan, secara peribadi dan jangan bermurafakah
dengan nya. Insa allah kita berada di jalan
kebenaran, kemenangan dan sentiasa berada dalam jagaan nya...
Insa Allah, Bersabib dengan firman nya bermaksud ;
" Aku beri kamu
akal dan fikiran, mengapa tidak kamu gunakan"......
Maka alangkah eloknya kalau mereka berdoa kepada Kami dengan merendah diri (serta insaf dan bertaubat) ketika mereka ditimpa azab Kami? Tetapi yang sebenarnya hati mereka keras (tidak mahu menerima kebenaran) dan Syaitan pula memperelokkan pada (pandangan) mereka apa yang mereka telah lakukan. -- [Al-An'am 6:43] |
Benar Firman nya seperti
di atas ini, kita ingatkan kita berada di
jalan yang benar dengan bacaan ayat dari
Al-Quran, lakukan sembahyang tapi bertujuan....maaf,
jika saya bertanya, mengapa anda sembahyang,
jika anda sembahyang sama lah seperti agama
lain...menyembah. Sepatut nya kita beribadah
Solat. Kita beribadat sebenarnya, bukan
menyembah. Cuba renungkan alih bahasa dari
Arab ke bahasa Melayu..."As Hadu alla il laa
ha il lal laah". Apa terjemahan nya yang
sebenar. Adakah- Aku naik saksi bahawa tiada
yang ku sembah melain Allah atau - Aku Naik
saksi bahawa tiada Tuhan Melainkan Allah...dimana
perkataan menyembah atau sembah dalam AS
HADU ALLA IL LA HA IL LAL LAAH. Maka sama
lah kita renungkan....
Saya juga suka ingatkan
bahawa Ketua Iblis dan Syaitan adalah
Malaikat, masih ber-title-kan
Malaikat. Ya itu malaikat Azazil. Iblis dan
Syaitan ini juga di jadikan Yang maha
Berkuasa Pemerintah seluruh alam, Mereka
juga di berikan amanah oleh Yang Maha Esa,
dan mereka menjalankan amanah itu supaya
insan bernama Manusia tahu akan ketinggian
darjat mereka. Jika mereka tidak ada, maka
kita tak tahu di manakah darjat kita.....jika
kita tidak menurut ajakan serta ikut kata
mereka, maka kita berada di jalan kemenangan
dan Darjat kita tinggi. Jika kita turut
ajakan mereka maka kita ke pihak yang bathil,
maka kita kalah dan Darjat kita Rendah di
pandangan Allah SWT. Jadi bagaimana ni....
Ingat !!!, ayat, cara
bacaan, penampilan dan perbuatan sama sahaja
di antara yang bathil dan yang benar, kita
kena gunakan Akal dan Fikiran serta
Kebijaksanaan kita meneliti yang mana benar
dan bathil, cuba lihat kembali kepada firman
nya di atas tadi "Syaitan pula
memperelokkan pada (pandangan)
mereka apa yang mereka telah lakukan.."Cuba
Renungkan... sejenak....
Kalah nya mereka adalah dengan Akal dan
Fikiran kita sahaja......kerana mereka
tak boleh baca akal, Fikiran serta Naluri
kita, sebab itu sesiapa yang tahu sentiasa
akan berkata "IKUT NALURI KAMU......Bergitu
juga dengan Allah SWT yang telah menyuruh
kita berniat dalam segala Hal, kerana
setelah dilaknatkan Syaitan dan Iblis ini
maka Firmana Allah SWT bermaksud " Segala
ibadah pada ku hendak lah di mulakan dengan
NIAT ". Maka Niat itu erti nya berkata kata
dalam hati, sebut dalam hati, maka Iblis,
Syaitan dan Jin tak tahu apa yang kita
lakukan....Jadi jika berdoa tu doa sahaja
dalam hati, Allah Maha Mendengar....
Jika kita lihat pada
program Mistik di kaca TV, dimana ahli
pengubatan atau paranormal menyembuhkan
mangsa rasukan Iblis konon nya dan mereka
tahu hantu atau polong dan sebagai nya
berada di dalam anggota mangsa. Mereka tahu
Jin apa yang ada dalam tubuh mangsa...saya
hairan juga. Setahu saya jika saya tak kenal
anda, macamana saya tahu rupa anda....Bukan
nak kutuk atau perbuatan itu salah tapi
musykil juga. Mereka boleh berkumunikasi
dengan Jin ini dan lebih hairan boleh
mengislamkan Jin ini kerana setahu saya
mereka tak sujud pada Nabi Adam dan pada
zaman Nabi Musa pun mereka masih angkuh
tidak mahu sujud ketika mereka meminta pada
Nabi Musa supaya tanya pada Tuhan adakah
jika mereka taubat akan di terima Allah SWT.
Maka syarat terima Taubat adalah sujud di
makam Nabi Adam A.S, Mereka dengan angkuh
berkarta " sedang sewaktu hidup nya kami tak
sujud inikan dah Wafat.....Angkuh kan, jadi
macamana Ahli Paranormal itu boleh
mengislamkan para Jin dan syaitan serta
Iblis ini....dan mereka terpaksa bersilat
untuk mengekuarkan rasukan pada mangsa tadi...memekik
dan sebagai nya....cuba renungkan.....
Seperti saya kata tadi,
cara, gaya, bacaan ayat dari Al-Quran serta
perbuatan adalah sama, saling iras dan
persis sama, cuma yang bijaksana sahaja tahu
yang mana bathil dan yang mana benar. Maka
gunakan akal dan fikiran seperti firman yang
bermaksud " aku beri
kamu Akal dan Fikiran, mengapa tidak kamu
gunakan". Jadi kita kena tahu erti
dan faham sedalam nya baru dapat membezakan
kan nya.....Ingat Tuhan kita Tuhan mereka
juga, jadi jangan terpengaruh, Renungkan ini,
SAMA TAPI TAK SERUPA.....Syaidina
Ali R.A pun pernah di tipu oleh Iblis ketika
hendak membuat Ibadah Solat Jumaat, jika
anda tahu ceritanya, Beliau di tipu dua kali
jumaat oleh Iblis ketika berjalan mahu
beribah solat Jumaat ke Masjid.... se orang
Khalifah pun boleh di alih pandangan, apa
lagi kita.....
Saya ingin berkongsi untuk menerangkan
Bab Rawatan Cara Islam yang sangat
masyur dan bertumbuh cambah merata di
Neagara kita ini….Semua nya berlandaskan
Al-Quran, bacaan, berdasarkan syariat
Islam, dengan kalimah dan sebagai nya.
Tapi kita juga perlu awas dengan tipu
daya iblis, mereka juga sama..tahu
membaca ayat ayat al-quran dan sebagai
nya…untuk melawan dan menyesatkan anak
cucu Adam seperti permintaan mereka pada
Allah SWT sewaktu di laknati kerana
enggan sujud pada Nabi Adam A.S.
....Cara mereka sama tapi tak serupa.
Jangan lalu bawah ampaian lah, kena
puasa, kena pakai tangkal, kena pakai
wafak dan sebagai nya pada hal pada
Zat Wajibal wujud, Kholiqul Alam
tidak ada pantang.. Cuma pantang nya
kalau bermufakah pada nya yakni
membelakangi nya dan tidak mengingati
nya. sebab kita bermurafakah dan tidak
mengingati nya lah maka kita di timpa
berbagai masalah dan penyakit.
Dalam pengajian saya serta Research saya
selama ini, berpendapat bahawa cara
pendekatan Iblis ini sama dengan amalan
syariat, maksud nya dari segi bacaan,
ayat dan sebagai nya….Jika dahulu
kumpulan Al-Akram menyatakan bersanding
itu haram…mungkin masuk akal kerana
memperagakan mempelai kepada umum yang
bukan mukhrim. Tapi dari segi pandangan
kejadian pula, Adam dan Hawa bila
bertemu pun bersanding di atas batu
dimana pada akhir Haji semua mengadap ke
Meqod atau ke batu Besar, bukan ke
Kabbah…sebab apa ya…di sini sahaja
berbagai pendapat timbul. Cerita nya, di
batu itu lah pertemuan Nabi Adam dan
Siti Hawa, mereka bersanding kan, erti
nya duduk berdekatan….dan pada simbolik
nya pula, pada akhir Haji semua duduk
dan mengadap ke batu tu, bererti anak
cucu nya menyaksikan persandingan Adam
dan Hawa. Jadi pada simbolik
persandingan mempelai sekarang adalah
untuk memberitahu bahawa mereka dah jadi
Suami Isteri di saksikan semua yang
hadir selain dua saksi Nikah sebelum ini.
Di Peringkat ini sahaja dan banyak
timbul perbahasan….sama dengan beristeri
empat, di BOLEH kan Lelaki Islam kawin
sampai empat orang, tapi banyak pulak
yang membangkang…Sedangkan di BOLEH kan
pada syariat islam terdahulu, sekarang
bangkang, kena persetujuan Isteri
pertama terlebih dahulu. Nikah di Negara
lain tak sah dan kena denda walau pun
dah jadi suami isteri.…Hak lelaki
sebagai Ketua tergugat…Tak Boleh
ceraikan isteri, kalau nak cerai kena di
hadapan kadi bukan Tuhan, bukan kah itu
bermurafakah pada Tuhan, yakni
membelakang kan Tuhan?...Zat
wajibal wujud Kho li qul alam
suruh lakukan begini, tapi di buat
begitu…. Lelaki pemerintah, tapi
sekarang wanita nak sama darjat. Kalau
gitu kenapa masa berjamaah tak di sama
kan sesaf sahaja mengapa wanita di
belakang, walau pun di belakang anak
lelaki nya sendiri, walhal dia ibu….dah
ternyata tapi masih berkata….
Begitu juga Nabi SAW bersabda,
Perbanyakan umat ku, Perancang keluarga
pulak di gembar gemburkan…Tak percaya
setiap yang lahir ada rezki nya....Isteri
boleh minta cerai.dan banyak lagi, zaman
Nenek Moyang kita dulu kalau seorang
wanita itu janda mati laki, maka dia
janda dan dalam nisab, ya itu janda yang
berhak menerima zakat, Fitrah dan
bantuan tetapi wajib pula dipercepatkan
bernikah kembali...gara-gara fitnah
nanti…tapi jika wanita itu jadi janda
kerana minta cerai dan di ceraikan, dia
akan berasa malu, sebab dia tahu dia
yang bersalah di sisi Tuhan wajibal
wujud kerana telah ingkar dalam
perjanjian sewaktu bernikah dahulu ya
itu sama senang sama susah, dan
berkekalan hingga ke akhir hayat. Itu
sebab nya para wanita dahulu taat, akur
seperti yang di bacakan di khubah nikah
dan sebelum nikah, jurunikah akan
bertanyakan pada pengantin perempuan dan
pengantin perempuan turun tandatangan
tanda setuju, itu kan ikrar atau sumpah….kalau
kena cerai dek laki mereka akan teramat
malu dek sebab gagal jadi seorang isteri…tapi
sekarang makin janda makin glamour
lak…dan di gelar ibu tunggal sekarang
ini mengelak status dengan panggilan
janda kot…
Nak nikah WAJIB ambil kursus dulu kalau
tak ada sijil kursus, tak boleh nikah,
maka rukun nikah di tambah satu dari
asal nya. Di saran Sembahyang bukan
Solat, erti sembah adalah menyembah
sesuatu atau menghormati orang…Solat
adalah beribadah, firman Kholiqul Alam
bermaksud- " Berbadah lah pada ku ".
bukan sembah.. di azan subuh pun
berlaung AS SOLATUL KHAIRUN ….tak ada AS
SEMBAHYANG TU pun….mengenai aurat wanita
pula di nasihat tutup aurat dan
Alhamdullillaah ramai dah berubah tapi
seperkara…..Semua nya Aurat bagi Wanita
KECUALI muka dan tapak tanggan sahaja
bukan Aurat bagi wanita dan bagi lelaki
pula Bawah Lutut dan atas pusat adalah
Aurat lelaki. Di T.V , DJ wanita,
Juruhebah wanita, Pengacara Wanita, dan
Ustazah boleh menggunakan Suara mereka,
perdebatan Uztazah pilihan dan Imam Muda…sampai
keluar urat ustazah tu berbahas,
Selebriti terkenal pakai tudung tersiar
satu Dunia di You Tube,(Jangan Sombong.
Riak, Takbur dan Bongkak) dan jika
wanita memperlihtkan aurat nya, seolah
dia berbogel…bukan kah
SUARA
Wanita itu Aurat ???...
Mengenai BISMILLAH dan Sembayang juga…Apa
erti BISMILLAH HIR RAH MAN NIR RAHIM dan
SEMBAH YANG atau SOLAH / SOLAT di
pengertian yang sebenar….Perubatan
mengikut syariat Islam dan sebagai nya…Cuba
kita sama sama renungi….Sama tapi tak
serupa….Dari Bahasa Arab dalam
terjemahan ke bahasa Melayu dipakai
sekarang adalah :
Tiada Tuhan yang hak di sembah melainkan
Allah atau terjemahan nya
berbunyi: Tiada
Tuhan melainkan Allah. .....agak
nya mana yang betul ....ini di katakan
Sama tapi tak
serupa.....
Maka itu Orang tua-tua dulu kata pergi mengaji bukan pergi baca.....mari kita renung sebentar...
Maka itu Orang tua-tua dulu kata pergi mengaji bukan pergi baca.....mari kita renung sebentar...
Demi sesungguhnya, kamu akan diuji pada harta benda dan diri kamu dan demi sesungguhnya, kamu akan mendengar dari orang-orang yang telah diberikan Kitab dahulu daripada kamu dan orang-orang yang musyrik: Banyak (tuduhan-tuduhan dan cacian) yang menyakitkan hati. Dalam pada itu jika kamu bersabar dan bertakwa maka sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya).- Surah Ali Imran- 186 | (3:186) |
Maka alangkah eloknya kalau mereka berdoa kepada Kami dengan merendah diri (serta insaf dan bertaubat) ketika mereka ditimpa azab Kami? Tetapi yang sebenarnya hati mereka keras (tidak mahu menerima kebenaran) dan Syaitan pula memperelokkan pada (pandangan) mereka apa yang mereka telah lakukan. -- [Al-An'am 6:43] |
No comments:
Post a Comment